
Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terdapat bau busuk dari rumah jiran mereka sebelum membuat pemeriksaan kira-kira 1 tengah hari tadi.
Polis kemudian menemukan dua beranak, masing-masing berusia 76 dan 37 tahun sudah meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lepas.
“Turut ditemukan seorang wanita OKU berumur 44 tahun yang dilihat dalam keadaan lesu dan kelaparan. Dia ialah anak kepada warga emas yang meninggal dunia itu,” katanya dalam kenyataan.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Wanita OKU itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.