Kerajaan tak pernah bincang laksana semula GST, kata Anwar

Kerajaan tak pernah bincang laksana semula GST, kata Anwar

Agensi berita asing Bloomberg baru-baru ini melaporkan Malaysia sedang menimbang pelaksanaan semula GST menggantikan pemotongan subsidi bahan api.

Anwar Ibrahim berkata, sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin.
VLADIVOSTOK:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah membincangkan pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya menangani isu kenaikan kos.

“Tiada yang khusus (mengenai GST) telah dibincangkan. Sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin,” katanya pada sidang media hari terakhir lawatannya ke Rusia, di sini.

Agensi berita asing Bloomberg baru-baru ini melaporkan Malaysia sedang menimbang pelaksanaan semula GST menggantikan pemotongan subsidi bahan api yang biasa digunakan ketika kerajaan berusaha meningkatkan kewangannya.

Anwar berada di sini bagi menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan. Lawatan kerja dua harinya ke bandar pelabuhan terbesar di rantau timur jauh Rusia ini berakhir hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.