
Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan Asean apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.
“Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan Asean, dan semua tahu Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.
“Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan Putin pada Rabu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini pada Rabu.
Pertemuan dua hala itu sempena lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan beliau dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.