Malaysia tak boleh dipaksa berpihak di tengah ketegangan AS-China

Malaysia tak boleh dipaksa berpihak di tengah ketegangan AS-China

Perdana menteri berkata Malaysia dan China adalah rakan penting dalam perdagangan.

anwar
Anwar Ibrahim dalam Forum Ekonomi Timur di Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia. (Gambar Bernama)
VLADIVOSTOK:
Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Ya, terdapat kebimbangan kerana peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China tetapi kami tidak boleh dipaksa untuk berpihak. Kami merupakan rakan penting dalam perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat, secara kumulatif masih nombor satu. Tetapi China adalah pemain penting. Maka kami melakukan lebih banyak libat urus dari sebelum ini dalam semua bidang secara komprehensif, kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.