
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan diterima daripada setiausaha masjid pada 9.30 malam dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku 11.40 pagi semalam.
“Seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan memakai topi keledar serta menggalas beg penghantaran dilihat memasuki masjid.
“Suspek kemudian mengumpil dua tabung, masing-masing tabung pembangunan dan utiliti yang diletakkan di pekarangan pintu masuk masjid menggunakan besi,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03 78627222.