Bayi 7 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Bayi 7 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Bayi itu ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters KLIA, semalam.

bayi
Bedah siasat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dalaman dan luaran terhadap bayi itu.
SEREMBAN:
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan dalam keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters KLIA, semalam.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Kuarters KLIA kira-kira 12.45 tengah hari berhubung kejadian tersebut selepas pengasuh membawa bayi berkenaan.

Menurutnya siasatan awal mendapati pada 7.30 pagi, pengasuh telah memasukkan mangsa ke dalam buaian setelah dihantar oleh ibu bapanya.

“Apabila pengasuh ingin mengejutkan mangsa untuk dimandikan, dia mendapati bayi itu tidak sedarkan diri dengan keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh badan bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Rembau turut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dalaman dan luaran terhadap bayi itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.