Kes pelajar UPNM dakwa dipijak, suspek utama diambil keterangan

Kes pelajar UPNM dakwa dipijak, suspek utama diambil keterangan

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini polis sudah mengambil keterangan 15 individu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pelajar terbabit dipanggil bagi melengkapkan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sudah merakam percakapan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang didakwa memijak juniornya hingga mengalami retak tulang.

Suspek utama kes terbabit hadir ke IPD Cheras petang tadi susulan laporan dibuat bapa mangsa yang juga pelatih tahun 1, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pelajar terbabit dipanggil bagi melengkapkan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Polis sudah merekodkan keterangannya, namun tiada tangkapan dijalankan.

“Pada masa ini tumpuan polis adalah menyiasat kes ini secara lebih terperinci selepas laporan dibuat pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, polis turut merakam keterangan lima lagi saksi, menjadikan setakat ini seramai 15 orang sudah dirakam percakapan.

Terdahulu, mangsa berusia 19 tahun itu dilaporkan retak tulang rusuk dan belakang akibat dipijak seorang pelatih tahun tiga UPNM. Mangsa sedang dirawat di hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.