
Ketua CAAM, Norazman Mahmud, berkata penggantungan terbaharu berkuat kuasa 1 Nov lalu itu menyusul penggantungan pertama selama 90 hari sijil pengendali udaranya (AOC) yang berakhir sehari lebih awal.
Penggantungan itu susulan keputusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) tidak memperbaharui permit perkhidmatan udara (ASP) syarikat terbabit Ogos lalu, yang tanpanya AOC tidak akan sah.
Katanya, kegagalan memperbaharui ASP dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan AOC dibatalkan.
Myballoon Adventure Sdn Bhd berpangkalan di Kuala Lumpur ialah syarikat pertama mendapat kelulusan perkhidmatan belon udara komersial, yang kosnya antara RM2,750 hingga RM3,750. Syarikat itu ditubuhkan empat peminat belon udara panas.
FMT cuba mendapatkan komen Mavcom dan MyBalloon Adventure.