9,000 polis bakal ditempatkan di kuarters guru

9,000 polis bakal ditempatkan di kuarters guru

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif berkenaan digerakkan memandangkan KPM mempunyai lebih 17,000 kuarters kosong.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata lebih kurang 9,000 anggota masih tak cukup kuarters boleh ditempatkan di 17,000 kuarters guru yang kosong.
PUTRAJAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan anggota polis di kuarters milik Kementerian Pendidikan (KPM) yang kosong di seluruh negara awal tahun depan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif berkenaan digerakkan memandangkan KPM mempunyai lebih 17,000 kuarters kosong dan ia mampu menampung keperluan kekurangan kuarters untuk anggota polis.

“Dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri, diberitahu bahawa KPM ada 17,000 kuarters guru yang kosong, tak didiami. Di pihak polis pula, ada lebih kurang 9,000 anggota masih tak cukup kuarters.

“Jadi apa tindakan yang betul sebenarnya? Tindakan yang betul ialah bincang dengan KPM, boleh atau tidak lebihan kuarters yang tak diduduki itu didiami anggota polis,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan KDN.

Pada 21 Nov lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata KPM menawarkan kuarters guru yang tidak berpenghuni untuk diduduki agensi kerajaan lain bagi memanfaatkan semula kemudahan itu.

Saifuddin Nasution dalam pada itu berkata KDN sedia mencari peruntukan bagi menampung kos membaik pulih kuarters terbabit supaya ia sesuai didiami oleh anggota polis serta keluarga mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.