2 remaja maut motosikal bertembung

2 remaja maut motosikal bertembung

Kedua-dua mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima, Irfan Musa dan Sharifuddin Haziq Mohd Sollehhuddin maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Keadaan motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bahau/Kemayan, Jempol awal pagi tadi.
PETALING JAYA:
Dua remaja maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bahau/Kemayan, Jempol awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira 3.20 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima, Irfan Musa dan Sharifuddin Haziq Mohd Sollehhuddin maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika Sharifuddin menunggang motosikal dari arah Bahau menuju ke Kemayan.

“Ketika bergerak mendaki bukit, dia dipercayai dilanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang Irfan dari arah bertentangan.

“Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal alami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.

Hoo berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melalu atau berbahaya.

Beliau turut meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.