Lelaki lemas di kolam ikan

Lelaki lemas di kolam ikan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa dikatakan tidur bersama rakannya di sebuah pondok dekat kolam ikan sebelum dilaporkan hilang.

Sabarodzi Nor Ahmad
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki itu ditemui terapung kira-kira 10m dari tebing kolam pada 2.05 pagi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditemui lemas dalam kolam ikan di Kampung Old Stream dekat Bidor awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mayat lelaki 23 tahun itu ditemui terapung kira-kira 10m dari tebing kolam pada 2.05 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 5.12 petang semalam.

“Mangsa dikatakan tidur bersama rakannya di sebuah pondok berhampiran kolam ikan dan dilaporkan hilang.

“Rakannya memaklumkan keluarganya dan membuat pencarian, namun gagal menemuinya. Bapa mangsa membuat laporan polis dan meminta bantuan pihak bomba,” katanya menurut Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.