Pengarah urusan syarikat direman kes rasuah gelaran Datuk Seri

Pengarah urusan syarikat direman kes rasuah gelaran Datuk Seri

Sumber berkata suspek disiasat berkait dakwaan meminta dan menerima lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket.

handcuff
Menurut sumber, suspek ditahan pada 5.35 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Selangor direman enam hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah
bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lepas.

Bernama yang memetik sumber melaporkan, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan pada 5.35 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Suspek terbabit disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.