Lelaki cedera dihentam tayar lori tercabut, pemandu ditahan

Lelaki cedera dihentam tayar lori tercabut, pemandu ditahan

Polis berkata mangsa cedera di kaki dan paha kerana tidak sempat mengelak tayar lori bergolek ke arahnya.

Pemangku Ketua Polis Yan Musa Rabien berkata mangsa berusia 45 tahun sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki cedera di kaki dan paha akibat dihentam tayar lori tercabut di Simpang Kuala, Sungai Daun, Yan.

Pemangku Ketua Polis Yan, Musa Rabien, berkata mangsa 45 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 1 tengah hari semalam ketika mangsa berada di bahagian belakang bonet Proton Iswaranya di bahu jalan kawasan kejadian.

“Pada masa sama, lori Hino membawa muatan sekam padi dari arah Batas Paip ke Yan yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba satu daripada tayar di belakang lori itu tercabut dan bergolek ke arah mangsa,” katanya menurut Harian Metro.

Disebabkan jarak dekat, beliau berkata, mangsa tidak sempat mengelak dan tayar itu terkena bahagian kaki serta paha mangsa menyebabkan dia cedera.

Katanya, pemandu lori berusia 50 tahun tidak cedera, tetapi ditahan untuk dirakam keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.