Jururawat maut rempuh lori di lorong kecemasan

Jururawat maut rempuh lori di lorong kecemasan

Polis berkata mangsa berusia 29 tahun tercampak dan digilis dua kenderaan lain selepas merempuh lori yang berhenti di lorong terbabit.

Tangkap layar video kejadian menunjukkan seorang jururawat merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di KM28.2 Lebuhraya Silk petang semalam.
PETALING JAYA:
Seorang jururawat maut digilis kereta selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang lori di KM28.2 Lebuhraya Silk, Sepang petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Sepang, G K Shan Gopal, berkata kejadian berlaku pada 1 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Cheras Jaya ke tempat kerja.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal.

“Akibat dari pelanggaran tersebut, mangsa telah tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis oleh sebuah Perodua Bezza yang kemudian dilanggar Alza,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.