Diskaun tol 50% sempena Aidilfitri

Diskaun tol 50% sempena Aidilfitri

Pemberian diskaun tol bermula 12.01 tengah malam 28 Mac dan berakhir 11.59 malam keesokannya terhad bagi kenderaan persendirian kelas satu.

highway toll
Kerajaan tanggung RM19.69 juta bagi bayar balik pampasan kepada syarikat konsesi menerusi pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jemaah Menteri bersetuju memberikan potongan tol 50% selama dua hari sempena Aidilfitri, kata Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, inisiatif itu akan bermula 12.01 tengah malam (Jumaat) yang berakhir 11.59 malam keesokannya (Sabtu) terhad bagi kenderaan persendirian kelas satu.

Katanya, diskaun itu terpakai kepada semua plaza tol kecuali sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Implikasi kewangan ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta,” katanya dalam kenyataan.

Nanta berkata pemberian diskaun tol itu kesinambungan kepada bantuan kerajaan pada empat musim perayaan di Semenanjung sejak dua tahun bagi meringankan beban kos sara hidup.

“Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya.

“Merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.