
Ditemui pemberita seusai solat Jumaat, Anwar berkata belum ada keputusan dibuat mengenai khidmat Azam, yang akan tamat pada penghujung Mei.
“Kita umum bila ada keputusan…kita tengok bila nak habis,” kata perdana menteri.
Semalam, sumber Bloomberg mendakwa Anwar dijangka meluluskan pelanjutan khidmat Azam, berkemungkinan untuk selama enam bulan.
Menggalas jawatan ketua pesuruhjaya sejak Mac 2020, kontrak Azam dilanjutkan selama setahun pada 10 Mei 2023 dan untuk setahun lagi pada tahun berikutnya.
Sementara itu, Anwar memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perkenan calon bagi jawatan duta ke Amerika Syarikat.
Anwar berkata pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.