Kes label ‘kuil haram’ dalam peta online disiasat bawah Akta 588

Kes label ‘kuil haram’ dalam peta online disiasat bawah Akta 588

Polis berkata siasatan akan dibuat di bawah Akta Hasutan sekiranya terdapat unsur hasutan.

Timbalan KPN Ayob Khan Mydin Pitchay siasatan polis bergantung pada kandungan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis sedang menyiasat pelabelan kuil Hindu sebagai haram di Peta Google dan Waze di Bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) iaitu penyalahgunaan rangkaian.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan akan dibuat di bawah Akta Hasutan sekiranya terdapat unsur hasutan.

“Ini bergantung kepada kandungan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Ahad lalu Timbalan Pengerusi Urimai, David Marshel, mendesak kerajaan bekerjasama dengan Google bagi menghapuskan label ‘kuil haram’ pada kuil-kuil Hindu di Google Maps.

Pemeriksaan oleh FMT di Waze, yang juga di bawah Google, menemui label ‘kuil haram’.

Isu ini timbul beberapa hari selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memanggil pentadbir satu kumpulan Facebook berkait rumah ibadat yang didakwa haram.

Isu tanah kuil Hindu menjadi perbualan mutakhir ini susulan rancangan penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di ibu negara, bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah masjid.

Isu selesai selepas pihak kuil bersetuju untuk berpindah ke lokasi baharu kira-kira 50m daripada lokasi sekarang, untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.