Budak 12 tahun ditemu lemas di kolam takungan Putrajaya

Budak 12 tahun ditemu lemas di kolam takungan Putrajaya

Polis berkata mangsa dipercayai mandi di kolam berkenaan bersama dua rakannya.

drowning lemas
Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya. (Gambar Freepik)
PUTRAJAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berdekatan jejambat di Presint 17 petang tadi.

Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima makluman awal daripada orang awam mengenai insiden itu pada 5.12 petang.

Beliau berkata kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas yang mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat akan dijalankan esok pada 8 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu bersama dua lagi rakannya mandi di kolam tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.