Mayat OKU ditemukan dalam rumah berkunci

Mayat OKU ditemukan dalam rumah berkunci

Keadaan Wan Silmi Wan Jusoh disedari kakaknya apabila mendapati makanan yang dihantar tidak diambil.

mayat
Bomba menemukan mayat seorang lelaki kurang upaya mental di Pasir Puteh, Kelantan. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki kurang upaya mental ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan.

Bomba memaklumkan mayat Wan Silmi Wan Jusoh, 55, ditemukan pada 1.49 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohd Ridhuan Mohd Nor, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.23 tengah hari memaklumkan terdapat seorang individu tidak sedarkan diri di dalam rumah.

“Keadaannya disedari kakaknya yang biasanya menghantar makanan kepadanya pada sebelah petang, namun sehingga pagi tadi makanan itu tidak diambil,” katanya lapor Bernama.

Bomba membuka pintu rumah terbabit apabila mendapati rumah berkenaan berkunci.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.