RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

Harga baharu itu berkuat kuasa hingga 9 Julai.

FUEL PRICE BM DESIGN 3
PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 3 sen bermula esok hingga 9 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata harga baharu RON97 di Semenanjung adalah RM3.18 seliter manakala harga diesel RM2.85 seliter.

Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada harga RM2.15 seliter.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.