
Beliau menjawab cabaran Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail yang semalam mencabar pembangkang bentang dasar lebih baik bagi menyaingi dasar kerajaan, bukan sekadar himpunan semata-mata.
“Kalau berhasrat mahu dengar pembentangan RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13) di pihak kami, maka eloklah turun dan jadi pembangkang yang terhormat sebagaimana dahulu,” katanya yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pusat kepada FMT.
Saifuddin berkata, rakyat mahu mendengar idea pembangkang dengan tawaran dasar itu boleh ditampilkan di Parlimen, khususnya menjelang pembentangan RMK13, pada 31 Julai.
Sabtu lalu, pembangkang menerusi Pemuda PAS menganjurkan Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka yang menyaksikan hampir 20,000 hadir, antara lain mendesak perdana menteri meletak jawatan atas alasan antaranya isu kos sara hidup.
Sementara itu Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata PN tidak akan membentangkan RMK alternatif, sebaliknya akan membahaskan pembentangan dibuat kerajaan.
“Ya kami akan buat yang sedemikian (bahas RMK),” katanya.