
Firdaus Abdul Hamid, 37, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman, lapor Berita Harian.
Mengikut pertuduhan, Firdaus didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Shafril Izzwan Ismail, 37 dengan menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian iaitu sebilah parang panjang dan dua bilah parang pendek.
Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan kira-kira 5.15 petang pada 2 Ogos lalu.
Dia didakwa didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Ahmad Mokhlis, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azlan Mohd Arish @ Arshad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Media sebelum ini melaporkan seorang anggota polis cedera selepas ditetak menggunakan parang ketika cuba menenangkan seorang lelaki yang mengamuk.
Anggota polis itu mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan, dagu dan jari tangan kiri.