Pukul ‘junior’, 6 pelajar sekolah agama direman

Pukul ‘junior’, 6 pelajar sekolah agama direman

Enam pelajar itu dipercayai memukul dan membuli mangsa di asrama.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli
Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli, berkata pelajar tingkatan empat itu didakwa memukul dan membuli seorang pelajar lelaki tingkatan tiga. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Enam pelajar sekolah menengah agama terkenal di Kemaman direman tiga hari bagi membantu kes pukul dan buli seorang pelajar ‘junior’, 30 Julai lalu.

Kejadian disyaki berlaku dalam bilik asrama sekolah berkenaan melibatkan mangsa berusia 15 tahun.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli, berkata semua pelajar tingkatan empat itu didakwa memukul dan membuli seorang pelajar lelaki tingkatan tiga.

“Pelajar tingkatan tiga tersebut mendakwa dipukul oleh semua suspek dalam bilik asrama sekolah itu pada 1.30 pagi, 30 Julai lalu.

“Dia mendakwa mengalami kecederaan ringan akibat perbuatan tersebut sebelum membuat laporan polis pada 3 Ogos lalu,” katanya kepada Kosmo.

Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.