
Anwar berkata kerajaan bersetuju menaikkan gaji tersebut selepas hampir 10 tahun tiada sebarang semakan.
“Kali terakhir gaji hakim dinaikkan pada 2015 dan mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan sepertimana skim lain,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Anwar turut mempertahankan kenaikan ini dengan memaklumkan bahawa para hakim tidak diizinkan untuk memegang jawatan dan perniagaan.
“Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih integriti dan bebas.”
Sementara itu, kerajaan akan menyediakan Elaun Sara Hidup sebanyak RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai 2026, bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan kelayakan akademik.
“Kerajaan turut bersetuju meningkatkan jumlah penerima HLP Separa Biasiswa kepada 150 orang setahun berbanding 100 orang,” katanya.