RM2.62 bilion subsidi tertinggi dalam sejarah buat pesawah

RM2.62 bilion subsidi tertinggi dalam sejarah buat pesawah

Peruntukan itu untuk subsidi tanaman padi, baja, benih dan insentif pengeluaran padi.

Kerajaan akan memperkenalkan insentif baharu penuaian padi RM50 sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai.
PETALING JAYA:
Kerajaan menyediakan RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu untuk subsidi tanaman padi, baja, benih dan insentif pengeluaran padi.

“Kerajaan membela nasib pesawah dengan menyediakan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.

“Bermula tahun ini, kerajaan menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim,” katanya ketika mengumumkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan insentif baharu bagi penuaian padi RM50 sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai.

Katanya, setiap pesawah dianggarkan menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.