KLIA ‘waspada tinggi’ susulan insiden bumbung bocor akibat ribut

KLIA ‘waspada tinggi’ susulan insiden bumbung bocor akibat ribut

Pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan KLIA dalam keadaan siap siaga, utamakan keselamatan penumpang, kata pihak pengurusan.

klia bocor
Terdahulu, klip video dimuat naik di X menunjukkan air mencurah-curah dari bumbung dan mengalir di lantai berhampiran kaunter daftar masuk bagasi di KLIA.
PETALING JAYA:
Kebocoran bumbung akibat ribut menjejaskan beberapa bahagian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, menurut pihak lapangan terbang, yang telah mengerah pasukan ke lokasi untuk menguruskan keadaan.

Pihak KLIA berkata, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatannya berada dalam keadaan ‘waspada tinggi’ dan ‘mengutamakan keselamatan penumpang, usaha membendung (kebocoran), dan perlindungan sistem elektrik’.

Katanya, pihaknya sedang berhubung rapat dengan rakan kongsi syarikat penerbangannya untuk meminimumkan kesan terhadap operasi.

“Pemantauan rapi sedang dijalankan kerana ribut petir dan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga sekitar 6 petang,” kata KLIA dalam kenyataan, menambah maklumat terkini akan dikeluarkan jika perlu.

Terdahulu, klip video dimuat naik di X menunjukkan air mencurah-curah dari bumbung dan mengalir di lantai berhampiran kaunter daftar masuk bagasi, dengan penumpang dilihat mengelak kawasan tersebut.

Kebocoran ini insiden terbaru dalam siri isu operasi di KLIA, termasuk kerosakan aerotren dan gangguan bekalan elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.