
Peguam Wong Guo Jin yang mewakili SKMM berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan SKMM selaku plaintif berikutan individu tidak dikenali (pentadbir Telegram “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”) selaku defendan gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.
“Bagaimanapun, ganti rugi am dan ganti rugi teladan akan ditaksir kemudian oleh mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu.
SKMM memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap dua defendan itu pada 25 Sept lalu kerana gagal memasukkan kehadiran dan perakuan ketidakhadiran yang sepatutnya difailkan 10 Sept.
Tarikh terakhir bagi dua defendan terbabit memfailkan pembelaan adalah 24 Sept, namun tiada pembelaan difailkan mereka sehingga kini.