Kerajaan Sarawak akan ambil alih hampir 6,000km jalan balak

Kerajaan Sarawak akan ambil alih hampir 6,000km jalan balak

Jabatan Kerja Raya dan Perhutanan negeri sudah mengenal pasti jalan balak aktif yang menghubungkan kawasan pedalaman luar bandar.

Timbalan Menteri Sarawak Aidel Lariwoo berkata proses pewartaan untuk menjadikan jalan balak yang aktif, tidak aktif atau terbiar sebagai jalan negeri sedang dilakukan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Sarawak dalam proses mengambil alih 5,977km jalan balak di negeri itu dengan untuk dijadikan jalan negeri bagi memastikan ia dapat diselenggara secara sistematik.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Aidel Lariwoo, berkata jalan itu sama ada aktif, tidak aktif atau terbiar dan proses pewartaan sedang dilakukan.

“Sebaik saja pewartaan jalan-jalan ini sebagai jalan negeri selesai, kerajaan Sarawak akan mengambil alih penyelenggaraannya di bawah program penyelenggaraan jalan negeri,” katanya menurut Borneo Post.

Beliau memberitahu Dewan Undangan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan Sarawak sudah mengenal pasti jalan balak aktif yang menghubungkan kawasan pedalaman luar bandar di negeri itu.

Beliau menjawab pertanyaan Nicholas Kudi Jantai (GPS-Baleh) yang bimbang jalan balak mempunyai lesen aktif, tetapi tidak digunakan lagi.

Nicholas berkata, ini bermakna Jabatan Kerja Raya tidak dapat menjalankan penyelenggaraan, walaupun jalan itu tidak digunakan lagi atau diselenggara syarikat pembalakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.