Wakil rakyat khuatir pesuruhjaya kanak-kanak ‘tak larat’ tanpa dana tambahan

Wakil rakyat khuatir pesuruhjaya kanak-kanak ‘tak larat’ tanpa dana tambahan

Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin berkata badan itu tidak akan berupaya melaksanakan tugas tanpa peruntukan yang tinggi.

Yeo Bee Yin
Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin turut mencadangkan sekolah merujuk pembuli dan mangsa buli ke Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.
KUALA LUMPUR:
Seorang wakil rakyat kerajaan membangkitkan isu kritikal mengenai kekurangan peruntukan serta kapasiti kakitangan yang sangat rendah bagi pesuruhjaya kanak-kanak bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Yeo Bee Yin (PH-Puchong) berkata, beliau khuatir badan itu tidak akan berupaya melaksanakan tugas diamanahkan tanpa peruntukan yang tinggi, mengambil kira fungsi luas diperincikan dalam Seksyen 48 Bahagian 8 Rang Undang-undang (RUU) Tribunal Antibuli.

“Fungsi pesuruhjaya kanak-kanak banyak dan perlu peruntukan tambahan. Setahu saya kakitangan di pejabat berkenaan sangat rendah. Kalau tiada peruntukan yang tinggi, walaupun dengan undang-undang, ia mungkin tak larat nak buat begitu.,” katanya ketika perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, masalah kapasiti itu juga akan mengurangkan keberkesanan dalam menjalankan fungsi pemantauan audit.

“Bagi Fasa 7(2) yang membenarkan audit pematuhan, berapa kekerapan audit dan siapakah yang memantau? Kalau kita nak Pesuruhjaya Kanak-Kanak memantau, memang saya rasa kapasiti tak cukup kalau peruntukan tak cukup,” katanya.

Sementara itu, Yeo turut mencadangkan sekolah merujuk pembuli dan mangsa buli ke Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEHMH) bawah Kementerian Kesihatan bagi menjalani saringan psikososial dan intervensi susulan yang diperlukan.

Katanya, masalah buli perlu dilihat secara menyeluruh sebagai masalah kesihatan mental dan emosi sosial kanak-kanak, bukan sekadar masalah disiplin.

Katanya, perlu ada satu ‘national focal point’ diwujudkan untuk mengurus kesihatan mental kanak-kanak secara sistematik.

“Jika punca akar tidak ditangani, ia hanya menyelesaikan masalah di permukaan, menyebabkan pembuli berpindah sekolah dan mangsa buli mengalami trauma, berpotensi menjadi pembuli sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.