
Beliau berkata, polis juga tidak perlu mengambil tindakan terhadap pengkritik kerana kritikan dilontarkan kepada dirinya bermotifkan politik semata-mata.
“Beberapa tindakan terhadap beberapa pengkritik kerajaan, termasuk serangan terhadap saya, saya telah beri arahan tidak perlu disiasat,” katanya menurut Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya.
“Saya tidak pertikai apa tujuan, matlamat orang-orang yang menyerang (kerana) kadang-kadang tidak berasas, tetapi saya telah mengarahkan (tiada tindakan) selain daripada kes jenayah yang jelas atau tuduhan agak keterlaluan…yang sudah tidak ada tatasusila.”
Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10 di sini.
Anwar turut menempelak segelintir pihak menyokong tindakan mengkritik dengan melontarkan kata-kata keterlaluan dan tidak berasas.
“Saya pun aneh juga merasakan betapa kadang-kadang orang-orang dalam parti Melayu dan Islam mendukung hal-hal sedemikian.
“Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya kritikan terhadap Anwar atau sebagai perdana menteri tidak harus diambil tindakan.
“Apa lagi kalau nak kata-kata berpaut hanya politik atau meminta supaya perdana menteri undur atau letak jawatan atau disingkir. Kenyataan biasa itu saya tidak fikir saya atau polis harus layan.”