
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan hari ini berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).
Sementara itu, beberapa daerah lain di negeri iaitu, iaitu Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Dis ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.