2 pelajar OKU dakwa jadi mangsa amang seksual di asrama

2 pelajar OKU dakwa jadi mangsa amang seksual di asrama

Ketua Polis Marang, Sofian Redzuan berkata polis menyiasat kes itu selepas terima laporan daripada mangsa yang berusia 17 dan 13 tahun.

Ketua Polis Marang, Sofian Redzuan berkata polis akan memanggil suspek untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menyiasat kes dua pelajar orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual dua pelajar lain di sebuah asrama di Marang, Terengganu.

Ketua Polis Marang, Sofian Redzuan, berkata pihaknya menerima laporan pada Ahad lalu mengenai kejadian itu yang melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza di asrama yang sama, lapor Sinar Harian.

“Dalam laporan pertama, mangsa berusia 17 tahun yang dikategorikan sebagai OKU ketidakupayaan pembelajaran, mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

“Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang pada 17 Nov lalu, di mana suspek dikatakan telah menyentuh kemaluan dan cuba meliwat mangsa,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Sofian berkata, laporan kedua diterima daripada mangsa berusia 13 tahun yang juga OKU gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual dan cuba diliwat oleh pelajar berusia 16 tahun pada 20 Nov lalu.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(b) dan 14(d) akta yang sama.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan memanggil suspek-suspek terlibat untuk diambil keterangan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.