
“Setahu saya, kalau dia PAS, dia kekal sebagai Adun sahaja, tak ada menyertai kerajaan,” kata Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, lapor Berita Harian.
Muhyiddin memaklumkan perkembangan ini berdasarkan maklumat yang dibentangkan dalam suatu mesyuarat parti, baru-baru ini.
Aliakbar Gulasan sebelum ini Adun lantikan pada penggal kerajaan Sabah yang lepas.
Beliau satu-satunya calon PN yang meraih kerusi pada PRN Sabah ke-17 baru-baru ini.
Pertandingan 11 penjuru di Karambunai menyaksikan Aliakbar meraih 7,054 undi, mengatasi Warisan (6,689), Gabungan Rakyat Sabah (4,818), dan Barisan Nasional (4,475), lalu menang dengan majoriti 365 undi.
Kemenangan ini disifatkan sebagai bersejarah bagi PAS. Walaupun sudah lama bertapak di Malaysia Timur, parti itu tidak pernah berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah atau Sarawak sehingga kini.