Rekod jenayah saksi tiada kaitan kes tembak di Melaka, kata peguam

Rekod jenayah saksi tiada kaitan kes tembak di Melaka, kata peguam

Rajesh Nagarajan menjawab kenyataan polis Melaka berhubung seorang wanita merakam audio kejadian tembakan itu bukan isteri mangsa dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

Rajesh Nagarajan beritahu berkata kenyataan Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berhubung status perkahwinan atau rekod lampau tidak relevan dengan kejadian tiga lelaki ditembak bulan lalu.
PETALING JAYA:
Peguam mewakili keluarga tiga lelaki ditembak mati polis Melaka bulan lalu menegaskan status perkahwinan atau rekod jenayah lampau individu dikaitkan dengan kes itu tidak relevan kepada kejadian berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan Bernama berkata, seorang wanita mendakwa seorang daripada suspek ditembak mati polis di Durian Tunggal, bulan lalu adalah suaminya.

Beliau berkata, wanita itu – yang merakam audio kejadian – dan lelaki berkenaan hanya pasangan kekasih yang tinggal bersama selama tiga tahun, dan wanita terbabit mempunyai 10 rekod jenayah lampau sejak 2012.

Peguam yang mewakili keluarga-keluarga terbabit, Rajesh Nagarajan, beritahu FMT bahawa kenyataan Dzulkhairi merupakan ‘pengalihan isu yang memalukan dan disengajakan’ daripada isu sebenar

Menurutnya, kenyataan rasmi pegawai-pegawai yang melepaskan tembakan maut masih belum direkodkan ketika Dzulkhairi mengulas ‘perkara peribadi yang tidak relevan’.

Tegasnya, sama ada wanita itu berkahwin secara sah atau mempunyai sebarang rekod lampau tidak relevan dengan kejadian pada 24 Nov itu.

“Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aspek kesahihan, keperluan, atau penggunaan kekerasan maut oleh pihak polis,” katanya.

Polis Melaka pada mulanya mengklasifikasikan kes itu cubaan bunuh selepas Dzulkhairi mendakwa tiga lelaki terbabit perompak bersiri yang menyerang seorang pegawai dengan parang.

Tetapi, peguam mewakili keluarga M Puspanathan, 21, T Poovaneswaran, 24, dan G Logeswaran, 29, berkata rakaman audio serta bukti forensik mencadangkan mereka bertiga dibunuh gaya hukuman mati.

Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Khalid Ismail dilaporkan berkata, polis menerima satu CD mengandungi rakaman audio dipercayai perbualan telefon salah seorang lelaki ditembak dengan isterinya sebelum kejadian.

Beliau berjanji polis akan menyiasat kes itu dengan teliti, profesional dan tanpa kompromi untuk menentukan sama ada berlaku sebarang salah laku.

Timbul gesaan untuk inkues dan siasatan bebas diadakan berhubung kes itu, manakala Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan polis memastikan siasatan dijalankan secara telus.

Ketua polis negara turut diarah mengemukakan laporan terperinci kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail selepas siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman selesai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.