454 mangsa banjir di 10 PPS Terengganu

454 mangsa banjir di 10 PPS Terengganu

Dua PPS dibuka di Dungun yang menempatkan 76 mangsa banjir.

PPS
Seramai 378 mangsa banjir daripada 110 keluarga berlindung di lapan PPS di Kemaman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Banjir di Terengganu bertambah buruk dengan 454 orang daripada 140 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.25 pagi ini berbanding 205 orang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 378 mangsa banjir daripada 110 keluarga berlindung di lapan PPS di Kemaman.

Ia terdiri daripada PPS Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dengan 104 orang, Dewan Sivik Kampung Air Putih (88), Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih (87), Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14 (46), Dewan Semai Bakti, Felda Neram 2 (17), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (16), Dewan Ketengah Kampung Dadong (12) dan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor (8).

Di Dungun, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 48 orang, manakala Dewan Serbaguna Kampung Shukor seramai 28 mangsa banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.