Kes rogol suka sama suka remaja bawah umur dirujuk JAHEAIK

Kes rogol suka sama suka remaja bawah umur dirujuk JAHEAIK

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata lima kes dirujuk kepada JAHEAIK setakat ini.

Mohd Yusoff Mamat
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama JAHEAIK kira-kira dua bulan lalu bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas gadis bawah umur. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kes rogol suka sama suka membabitkan remaja perempuan 16 tahun ke bawah akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk tindakan lanjut bawah Mahkamah Syariah.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama JAHEAIK kira-kira dua bulan lalu bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas gadis bawah umur.

Menurutnya, pelaksanaan bermula selepas mesyuarat itu dengan lima kes dirujuk kepada JAHEAIK setakat ini.

“Langkah tersebut susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes rogol melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya menurut Sinar Harian selepas perhimpunan bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu.

Beliau berkata, gadis berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan bawah kesalahan amang seksual suka sama suka turut akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Katanya, trend kes rogol di Kelantan kini menunjukkan sedikit penurunan dan beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani membuat laporan.

“Kebanyakan laporan diterima daripada pegawai perubatan selepas mangsa didapati hamil.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.