
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata IPD Klang Selatan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.10 malam tadi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan seorang mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah disyaki disebabkan senjata tajam.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan tampil membantu siasatan.
Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di 03-3376 2222.