
Pengarahnya, Hanifuddin Roslan, yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan lelaki tempatan terbabit dalam tempoh terdekat.
“Beliau telah dipanggil dan (Jawi) akan bertemu dengan individu terbabit dalam masa terdekat,” katanya, menurut Berita Harian.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan mengarahkan Jawi menyiasat isu terbabit yang tular di media sosial.
Beliau berkata tindakan berkenaan telah mencetuskan reaksi negatif masyarakat serta disifatkan mencabar sensitiviti agama dan norma budaya di negara ini.
Selain itu, beliau turut mengarahkan Jawi bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menurunkan kandungan berkaitan yang tersebar di media sosial.
Manakala Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Tourism Malaysia pula dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap penganjur acara berkenaan yang didapati menggunakan logonya tanpa kebenaran.