
Bendahari Agung Iskandar Abdul Samad mengemukakan pendirian berkenaan atas alasan setiausaha agung dipilih oleh pengerusi.
Azmin diumumkan sebagai setiausaha agung PN pada 10 Dis tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin.
“Menurut konvensyen, apabila pengerusi meletakkan jawatan, setiausaha agung juga perlu berundur kerana setiausaha agung dilantik oleh pengerusi,” katanya kepada FMT.
“Dalam mana-mana organisasi politik, adalah perkara biasa bahawa mereka yang dilantik oleh pemimpin perlu meletakkan jawatan sekiranya pemimpin tersebut berundur, kecuali jika mereka dilantik oleh perwakilan atau ahli melalui mesyuarat agung tahunan atau perhimpunan agung.”
Azmin juga adalah setiausaha agung Bersatu, dilantik pada 28 Nov tahun lalu.
Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Jan, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.
Muhyiddin memimpin PN sejak 7 Ogos 2020, ketika gabungan itu didaftarkan secara rasmi.