Bantuan awal persekolahan RM150 diperluas hingga Tingkatan 6

Bantuan awal persekolahan RM150 diperluas hingga Tingkatan 6

Bantuan akan disalurkan dalam tempoh satu hingga dua minggu menerusi inisiatif 'Kembali Ke Sekolah'.

pelajar sekolah rendah
Sebelum ini, bantuan awal persekolahan dihadkan hingga pelajar Tingkatan Lima.
PETALING JAYA:
Kerajaan akan memperluas pemberian bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar hingga Tingkatan Enam, berbanding sebelum ini terhad hingga Tingkatan Lima.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bantuan akan disalurkan dalam tempoh satu hingga dua minggu ini, melibatkan pelajar Prasekolah hingga Tingkatan Enam, menerusi inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’.

Bagaimanapun, katanya, bantuan itu tidak boleh diwakilkan kepada pihak lain, termasuk anak sendiri, memandangkan peruntukan yang disediakan kerajaan adalah besar.

“Kita syaratkan ibu bapa harus pergi ke sekolah … kena pastikan wang itu dibelanja untuk anak dan keduanya, dia kena dengar daripada guru masalah anaknya,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disiarkan secara dalam talian.

Bantuan awal persekolahan RM150 untuk murid sekolah kerajaan itu diumumkan Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.