ECRL perkukuh negara sebagai hab jaringan serantau, kata PM

ECRL perkukuh negara sebagai hab jaringan serantau, kata PM

Anwar Ibrahim berkata projek itu diyakini mampu perkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi China Communications Construction Co Ltd (CCCC) Song Hailiang dan delegasi. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek infrastruktur rel, tetapi inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia-China, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi hantaran di akaun media sosial Facebook miliknya hari ini berkata projek rel itu juga diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi China Communications Construction Co Ltd (CCCC) Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan kontraktor utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL.

“Pertemuan ini menumpukan perbincangan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan yang selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), selain menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.

“Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.