Elak agama jadi alat berbalah

Elak agama jadi alat berbalah

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang seru masyarakat tolak kebencian, provokasi, stereotaip, dan prejudis.

AARON AGO DAGANG
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dalam hantaran sempena Thaipusam berkata, kepelbagaian menjadi kekuatan Malaysia.
PETALING JAYA:
Agama perlu dielak untuk dijadikan alat mencetuskan perbalahan atau pertikaian di media sosial, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Katanya, keharmonian dan persefahaman antara agama merupakan asas kepada kemakmuran serta kestabilan sesebuah negara.

“Sama-sama kita sentiasa tolak kebencian, provokasi, stereotaip, dan prejudis. Sebaliknya, kepelbagaian bangsa dan agama harus menjadi jambatan yang menyatukan, menyemai nilai kasih sayang, nilai murni, dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Dalam kepelbagaian inilah terletaknya kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu, saling menghormati dan hidup dalam semangat muhibah,” katanya dalam catatan di Facebook sempena sambutan Thaipusam yang akan disambut pada Ahad.

Beliau berkata, keharmonian dan persefahaman antara agama merupakan asas kepada kemakmuran serta kestabilan sesebuah negara.

“Semoga semangat perpaduan terus mekar dalam sanubari kita semua demi Malaysia yang aman, makmur dan bersatu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.