
Ketika ini, Malaysia merekodkan PdP matematik sekitar 576 jam yang mengikut laporan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 sebagai paling rendah berbanding Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata waktu itu kan kembali ditingkatkan kepada 3.5 jam seminggu bagi Tahap 1 dan 3 jam seminggu bagi Tahap II dan Tahap III.
“Hal ini menunjukkan pertambahan peruntukan waktu daripada 576 jam bagi tempoh enam tahun persekolahan kepada 608 jam iaitu tambahan sebanyak 32 jam.
“Langkah ini memberi lebih peluang kepada murid untuk memahami konsep matematik secara mendalam dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi harian.
“Pertambahan waktu PdP ini juga membolehkan guru memberi perhatian khusus dan intervensi kepada murid memerlukan sokongan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada Rafizi Ramli (PH-Pandan).
Rafizi meminta KPM enyatakan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang untuk meningkatkan waktu pembelaran bagi matematik di sekolah rendah dari 576 jam
kepada sekurang-kurangnya 1,000 jam.
FMT pada 14 Dis lalu melaporkan kebimbangan ahli akademik berhubung waktu pengajaran yang rendah bagi mata pelajaran matematik.
Mereka turut menggambarkannya sebagai ‘ketidakcukupan nutrien’ dalam visi membangunkan sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM).
KPM menjelaskan peruntukan masa bagi mata pelajaran matematik menunjukkan perubahan yang minimum tetapi signifikan mengikut dasar pendidikan yang
berkuat kuasa.
Menurutya, semasa pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1993, waktu PdP Matematik ialah 3.5 jam seminggu.
“Semasa KSSR mulai tahun 2011, peruntukan masa dikurangkan kepada 3 jam bagi memberi penekanan kepada pengukuhan bahasa susulan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
“Peruntukan waktu ini dikekalkan dalam KSSR (Semakan 2017),” katanya.