Mursyidul am PAS masih di ICU, tapi semakin pulih

Mursyidul am PAS masih di ICU, tapi semakin pulih

Anak bongsu Hashim Jasin berkata jantung bapanya yang sangat lemah sekitar 35% sebelum ini, mula menunjukkan peningkatan.

Hashim Jasin
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.
PETALING JAYA:
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas prosedur pemasangan sten menunjukkan perkembangan positif.

Anak bongsunya, Husna berkata, jantung bapanya yang sangat lemah sekitar 35% sebelum ini, mula menunjukkan peningkatan.

“Sekarang keadaan abah (Hashim) semakin baik berbanding sebelum ini. Saya berharap masyarakat terus mendoakan abah kembali sihat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, keluarganya tidak tahu bila bapanya akan dibenarkan pulang, tetapi beliau perlu menjalani prosedur angioram apabila keadaan buah pinggangnya bertambah baik.

Hashim, 87, dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sejak 7 Feb lalu, sebelum dipindahkan ke HPP bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau dipantau di ICU kerana keadaan jantung semakin lemah, masalah buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Hashim dilantik mursyidul am PAS keempat pada 10 Okt 2016 oleh Majlis Syura Ulama parti itu susulan pemergian Allahyarham Haron Din pada 16 Sept tahun sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.