Yang di-Pertuan Agong gering, dinasihat berehat

Yang di-Pertuan Agong gering, dinasihat berehat

Istana Negara memaklumkan pakar perubatan menasihatkan baginda berehat sepenuhnya dan tidak berangkat ke sebarang majlis rasmi sehingga pulih.

SULTAN IBRAHIM
Sultan Ibrahim tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, Kabinet, ketua perwakilan asing dan pegawai kanan kerajaan di Istana Negara, kelmarin, kerana sedang menerima rawatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan pakar perubatan telah menasihatkan baginda supaya berehat sepenuhnya dan tidak berangkat ke sebarang majlis rasmi bagi memberi ruang kepada rawatan serta proses pemulihan.

Sehubungan itu, baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, Kabinet, ketua perwakilan asing dan pegawai kanan kerajaan di Istana Negara, kelmarin.

Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam yang telah ditangguhkan ke tarikh lain.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan baginda beransur pulih,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.