
Difahamkan, jiran menghubungi pihak berkuasa selepas terhidu bau busuk dari rumah dihuni dua beranak itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 7.48 malam memohon bantuan membuka pintu rumah berkunci dari dalam yang dipercayai ada mangsa dalamnya.
Beliau berkata, selepas pintu dibuka menggunakan peralatan khas bersama polis, dua mangsa ditemui di ruang tamu dan bilik tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah mayat dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, mangsa dikenal pasti sebagai Lee Tet Khim, 72, dan Lam Tong Hoong, 39.