
Langkah ini sebahagian inisiatif kerajaan untuk memperkemas rangka kerja promosi pelaburan Malaysia bawah satu agensi.
Dalam kenyataan di platform X, Mida berkata InvestKL yang ditubuhkan untuk menarik syarikat multinasional ke kawasan Greater Kuala Lumpur akan menghentikan operasi selepas diserap.
“Selepas diserap, Mida akan meneruskan peranannya bagi promosi dan kemudahan untuk Malaysia termasuk di Greater Kuala Lumpur dan pada masa sama memperkukuh hubungan pelabur sedia ada dan meningkatkan penglibatan dengan syarikat multinasional meliputi sektor utama,” katanya.
Mida berkata langkah itu menghapuskan pertindihan fungsi antara institusi dan menyalurkan sumber ke arah pengalaman pelabur yang lebih tersusun.
“Mida komited untuk mengekalkan kesinambungan semua penglibatan pelabur dan pihak berkepentingan yang berterusan sepanjang peralihan ini,” katanya.