
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan permintaan tersebut ketika menerima kunjungan hormat Menteri Buruh dan Pekerjaan Bangladesh Ariful Haque Choudhury dan Penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh Mahdi Amin di Putrajaya.
“Saya tegaskan keperluan untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja asing, serta meminta kerajaan Bangladesh mempertimbang langkah mengurangkan kos ini demi kesejahteraan pekerja,” katanya di Facebook.
Dalam pertemuan yang turut membincangkan kerjasama buruh itu, Anwar berkata Malaysia komited untuk melindungi kebajikan ratusan ribu pekerja Bangladesh, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan.
Pada Feb tahun lalu, Buletin TV3 memetik Kementerian Sumber Manusia sebagai berkata bahawa setakat 31 Disember tahun sebelumnya, warga Bangladesh membentuk peratusan terbesar pekerja asing, mewakili 37.96% daripada 2,368,422 orang, iaitu seramai 898,970 orang.
Ia diikuti warga Indonesia (24.58% atau 582,108 orang) dan warga Nepal (15.63% atau 370,127 orang).