
Menurut laporan itu , penghantaran tersebut sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.
Justeru, Pasukan Pengurusan Krisis MTEN menerusi kenyataannya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan merujuk sumber rasmi kerajaan, menurut Bernama.
Media Filipina sebelum itu melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke sana bagi menambah bekalan bahan api negara itu ketika ketidaktentuan pasaran global.
Sementara itu, Petronas menafikan penglibatan syarikat itu dalam laporan itu dan menegaskan pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel.
Katanya, keutamaan Petronas kekal untuk mematikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia.
“Ia dilakukan melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan,” katanya dalam kenyataan.