
PETALING JAYA: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 34 pelajar warga Thailand berusia tujuh hingga 16 tahun kerana menyeberang Sungai Golok menggunakan pangkalan haram untuk hadir ke sekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain, semua mereka ditahan pada 6.30 pagi, hari ini.
“Kita tahan mereka mengikut Seksyen Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan menyerahkan kes berkenaan kepada imigresen untuk tindakan lanjut.
“Kita tidak boleh mengecualikan sesiapa sahaja termasuk pelajar dalam soal rentas sempadan menggunakan pangkalan haram. Sesiapa sahaja akan ditahan jika tidak melalui laluan sah,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan tertentu menangani isu murid atau pelajar dari Thailand yang bersekolah di Rantau Panjang.